top of page
Search
Writer's pictureAndrea Bariatric Admin

BEDAH BARIATRIK? APA TU?


1) Pembedahan bariatrik? Apa tu?

Pembedahan bariatrik ialah sejenis pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal masalah berat badan berlebihan, atau obesiti

2) Macam mana buat pembedahan boleh turun berat badan?

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatrik yang biasa dilakukan seperti gastric sleeve, pintasan gastrik dan lain-lain. Jenis pembedahan yang sesuai akan ditentukan oleh doktor bedah selepas perbincangan dengan pesakit dengan mengambilkira tahap kesihatan pesakit dan 'target' pengurangan berat badan yang diperlukan.

Secara umumnya, pembedahan bariatrik akan mengecilkan saiz organ dalaman perut. Apabila saiz perut akan lebih kecil, pesakit akan berasa cepat kenyang walaupun hanya memakan jumlah makanan yang kecil.

Saiz perut yang lebih kecil juga akan memberi tindakbalas hormon pada badan untuk mengurangkan rasa lapar.

Pengurangan kuantiti pemakanan dan pengurangan rasa lapar sekaligus akan membuatkan pesakit bariatrik berada dalam "defisit kalori".

Terdapat juga jenis pembedahan seperti pintasan gastrik yang akan turut mengurangkan kadar resapan makanan yang dimakan. Proses ini akan turut membantu pengurangan berat badan.

3) Semua orang berat badan berlebihan kena operation ke?

Pembedahan bariatrik biasanya dilakukan ke atas pesakit yang gagal mengurangkan berat badan melalui ubahsuai cara pemakanan dan meningkatkan senaman, atau tidak berjaya mengekalkan penurunan tersebut untuk tempoh jangka panjang.

Pembedahan ini juga boleh dilakukakn ke atas pesakit yang mempunyai berat badan yang sangat tinggi (morbid obesity atau super obese) kerana mengikut kajian klinikal, golongan ini kemungkinan besar tidak akan dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya melalui diet dan senaman semata-mata.

Secara umumnya, calon bagi pembedahan bariatrik ialah:

I) BMI lebih 40

II) BMI lebih 35 dengan masalah kesihatan disebabkan obesiti (cth kencing manis, darah tinggi)

III) BMI lebih 30 dengan masalah kesihatan tertentu

4) Potong perut? Macam sakit and lama je kena duduk hospital....

Pembedahan bariatik biasanya dilakukan secara laparoskopik atau kaedah tebukan. 3-5 lubang kecil bersaiz 1-2cm akan dibuat di bahagian abdomen. Proses pembedahan akan dilakukan melalui lubang-lubang kecil tersebut.

Pesakit biasanya akan dibolehkan (bahkan digalakkan) berjalan perlahan-lahan selepas kesan bius dari pembedahan hilang (biasanya pada waktu malam jika pembedahan dilakukan pada waktu siang)

Jika tiada komplikasi berlaku, biasanya pesakit akan hanya tinggal di hospital selama 2-4 malam dan dibenarkan pulang ke rumah selepas tempoh itu.

3,606 views0 comments

Comments


bottom of page