Salam Ramadhan semua, bagi yang baru buat operation kurang dari tempoh setahun, mesti gementar nak puasa minggu depan. Don't worry, we take it day-by-day. Pada yang baru operate kurang dari 3 bulan kena lebih berhati-hati. Pada yang berat dah statik atau lambat turun, bulan puasa boleh tolong jump start balik weight loss progress.
Bila waktu bersahur, bangun awal sikit banding biasa sebab kena ambil masa lebih nak habiskan makan sahur. Minum protein shake dan 2-3 biji kurma. Minum segelas air juga kalau masih ada ruang lagi dalam perut.
Bila waktu berbuka, ingat kena jarakkan waktu makan dan minum selama 30 minit. Jadi kalau haus sangat, masuk waktu boleh minum dulu, kemudian pergi solat, doa etc kemudian baru makan. Kalau rasa tak berapa haus, boleh makan dulu dan minum air 30 minit selepas habis makan. Pencuci mulut atau kuih2 ambil untuk hilangkan rasa craving sahaja. Paling best kalau minum air kosong sahaja, elakkan minum air manis.
Benda kena elak semasa berpuasa :
1) Dehydration / kekurangan air - Tanda-tanda kurang air: Kepala pening, rasa mau pitam, lesu, perut cramp, tiada tenaga. - Cara elak: Pastikan jumlah air diminum cukup pada waktu lepas berbuka. Target dapat minum air lebih kurang 1.2 - 1.5L sepanjang tempoh dari berbuka sampai sahur besok pagi. Sebab perut dah kecil, tak mampu minum banyak sekaligus, jadi kena minum sikit-sikit sepanjang tempoh ni. Kurangkan juga minum teh dan kopi sebab boleh akibatkan kerap kencing dan kurang air.
2) Hypoglycaemia / paras gula rendah dalam darah - Simptom : Berpeluh-peluh sejuk, tangan menggigil, rasa mau pitam, loya dan muntah. - Cara elak: Jangan tinggal sahur. Kalau rasa dapat simptom2 hypo, cepat2 check paras gula. Kalau kurang dari 4, kena batalkan puasa dan minum air manis. Hypo boleh bawa maut kalau tidak berhati-hati. - Kalau ada guna ubat insulin untuk diabetes, perlu kurangkan dos atau skip dos bergantung pada bacaan gula. Bincang dengan doktor anda.
Comments